Friday, 7 July 2017

Review dishwasher Electrolux yang sangat senyap – ESF5202LOW

Dah lebih sebulan rasanya guna dishwasher Electrolux ni. Kiranya bolehlah nak review sebab dah lama pakai kan.

Mesin basuh pinggan ni saya beli di SenQ di AEON Mall Kota Bharu. Masa pergi tu ada 2 jenama iaitu satu dari jenama Beko, dan lagi satu Electrolux. Kalau tak nak beli di kedai pun, boleh je beli di kedai online SenQ/SenHeng.

review dishwasher electrolux 2

Yang jenama Beko saya dah pernah guna semasa tinggal di Turki dulu. Jenama bagus juga, harga sekitar RM 2200++ gitu. Yang lagi satu ni jenama Electrolux, harga asal RM 3800++ (kat Lazada pun harga lebih kurang tu juga untuk model ni), cumanya yang ada masa tu ialah clearance stock. Iaitu last stok, dengan kata lain, display item dan dijual dengan harga RM2100++ Lupa dah exact harga berapa, tapi total amount termasuk extra warranty 4 tahun, jadi harga lebih kurang RM 2200. Okay lah tu, murah gila.

Walaupun display item, tapi warranty 4 tahun juga. Jadi saya ambil yang Electrolux tu je lah. Jimat pun jimat dan power saving juga dalam kategori tinggi iaitu A+AA for Best in Class Performance. Selain dishwasher ni, saya juga pernah beli peti ais 4 pintu cap Sharp – juga display item dari Sen Heng. Sampai sekarang masih OK OK je tak ada rosak apa pun. Hihi Yang penting, jimat banyak. Jadi jangan bimbang untuk beli display item, kecuali yg dorang selalu pasang untuk display seperti TV, monitor komputer dan semumpamanya.

Berbanding dishwasher lain yang pernah saya guna (yang di rumah mertua, dan di Turki dulu), ini dishwasher yang paling senyap  lah. Bila spin air pun, tak ada bunyi langsung. Setakat bunyi sikit-sikit gelombang air tu je lah kalau dengar pun.

Jumlah penggunaan air pula cuma 11 liter sahaja, dan kadar bising ialah 49DB. Suhu air paling tinggi pulak ialah 60 Celsius, tapi saya selalu guna fungsi eco sahaja. Untuk 1 cycle basuhan, jumlah tenaga digunakan ialah 1.03kWh.

Semua pinggan mangkuk, sudu, garfu, periuk belanga yang ada logo dishwasher safe, saya susun je dalam dishwasher ni. Termasuklah botol susu Orhan.

review dishwasher electrolux

Bab jimat tu saya tak pastilah jimat ke tidak bila fikir pasal bil letrik. Haha Cuma bab air tu memang jimat. Satu hari, saya cuma basuh sekali je. Susun elok-elok supaya boleh muat sebanyak mungkin. Pastu run dishwasher sebelum tidur. Bangun pagi, pinggan mangkuk semua sekali dah siap dan sedia untuk digunakan.

review dishwasher electrolux

Yang confirm jimat ialah, jimat bil air sebab guna 11 liter je sehari. Jimat tenaga sebab tak perlu basuh pinggan mangkuk lagi dah. Jimat tak payah membebel jika pinggan kotor penuh sinki :p Biasalah, mana ada orang rajin nak basuh pinggan kan. Sakit mata pulak tu kalau tengok pinggan kotor penuh sink. Sekarang dah lega lah.

Masalah satu je lah bila guna dishwasher ni. Gel pencuci pinggan khas untuk dishwasher tak ada jual di Kelantan. Semua supermarket tak ada jual. So terpaksa beli online kat Lazada. Nasib baiklah ada Lazada kan.. kalau tak kena order dari Amazon.



No comments:

Post a Comment