Tuesday 30 May 2017

Siapa Hurrem?

Akhir-akhir ini ramai pengunjung baru blog saya yang datang dengan carian berkaitan Hurrem. Ini mungkin disebabkan post berkenaan drama Magnificent Century atau Muhteşim Yuzyıl lakonan Meriam Uzerli. Drama ini semuanya 139 episod dan di Turki, 1 episod panjangnya 2 jam 30 minit. Gigih jugalah saya tonton drama tersebut dulu semasa di Turki.

Drama penuh kontroversi yang bukan sahaja di Malaysia, malah di Turki sendiri.

Secara peribadi, ini drama Turki pertama yang saya tonton sepenuhnya. Selain itu, drama epik sejarah bertajuk Deriliş Ertuğul atau Resurrection Ertuğul pula drama Turki terbaik yang saya tonton. Dan sekarang, saya juga sedang menonton drama Kara Sevda. 

Drama Turki sekarang, dari segi moral, jauh berbeza berbanding drama di Malaysia. Yes, orang Turki sekarang pun lebih kurang dengan barat sahaja dari segi gaya hidup jadi tidak hairanlah jika drama mereka itu seksi dan ada unsur seks. Sudah cara hidup mereka begitu sebab itulah terbawa sampai ke dalam drama.

Berbalik kepada “siapa Hurrem”, keyword hot untuk blog saya minggu ini..jadi mari lah kita cerita sikit pasal Hurrem.

Hurrem ni bijak. Dari seorang hamba dalam harem, dia kemudiannya menjadi isteri yang sah kepada Sulan Suleiman. Tidak pernah dalam sejarah Turki selepas Orhan Ghazi, seorang sultan berkahwin. Jadi Sultan Suleimah pecah tradisi 200 tahun dengan mengahwini Hurrem. Dan beliau juga dibenarkan melahirkan lebih dari seorang anak. Hamba wanita lain sebelumnya, cuma seorang anak. Ini supaya tidak berlaku perebutan takhta dikalangan adik beradik. 

Hurrem melahirkan Putera Mehmet, Puteri Mihrimah, Putera Abdullah, Sultan Selim, Putera Bayezid, dan Putera Cihangir (sebut Jihangir). Mahidevran pula seorang anak bernama Putera Mustafa (anak sulung Sultan Suleiman). Dengan ada ramai anak lelaki, potensi untuk salah seorang anak Hurrem untuk naik takhta adalah lebih cerah namun perlu bersaing dengan Putera Mustafa – anak sulung. 

Mehmet, anak Hurrem yang paling cerah peluang untuk jadi sultan akhirnya dibunuh. Dalam drama Magnificent Century, Mehmet dibunuh oleh Mahidevran. Maka tinggallah Putera Selim dan Bayezid untuk bersaing jadi Sultan. 

Jahat tak jahat Hurrem dalam drama tersebut sebenarnya tokok tambah untuk sedapkan jalan cerita. Supaya lebih menarik dan untuk tarik penonton. Namun pergaduhan Hurrem dan Mahidevran ada ditulis dalam buku-buku sejarah. Lagipin Hurrem nak pastikan anaknya naik takhta. Kalau tidak, mengikut tradisi kerajaan Ottoman, putera yang naik jadi Sultan akan bunuh adik-beradik lelaki yang lain supaya tidak berlaku perebutan takhta di esok hari. Kalaulah Mustafa yang jadi Sultan, sudah tentulah semua anak lelaki Hurrem akan dibunuh. Tidak hairanlah Hurrem dipaparkan dengan watak sebegitu.

Hurrem kemudiannya menjadi Haseki Sultan, menjadikan beliau antara wanita paling berkuasa dalam sejarah Turki. Title Haseki Sultan ni digunakan untuk tempoh seabad, lagi tinggi dari tittle puteri. Hurrem juga menerima gaji sebanyak 2000 Aspers sehari menjadikan dia penerima gaji tertinggi dikalangan Haseki. Aspers tu matawang Turki pada zaman tersebut, sekaran dipanggil Lira.

Hurrem juga merupakan penasihat politik kepada Sultan Suleiman. Walaupun tidak secara official, tapi banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Sultan Suleiman. Pembunuhan Ibrahim Paşa juga dikatakan dipengaruhi oleh Hurrem. Allahua’lam. 

Kalau nak cerita pasal Hurrem ni panjang lagi ceritanya. Sebab itu banyak buku sejarah ditulis tentang Hurrem. Jadi, kalau tak nak baca buku, bolehlah anda teruskan menonton drama Magnificent Century sampai habis. Ini drama yang best – walaupun banyak kontroversi, tapi anda akan belajar sesuatu dari drama tersebut. Sekurang-kurangnya anda akan dapat lihat sejauh mana hebat satu kerajaan Islam suatu ketika dahulu. 

Lepas tu pergilah melancong ke Turki dan melawat Istana Topkapı untuk lebih menghayati. 

The post Siapa Hurrem? appeared first on Travelog.my.



No comments:

Post a Comment