Sunday 29 October 2017

Trip Hawaii – rasa nak u-turn balik masa menghala ke Hawaii

Dah beberapa hari saya balik dari Hawaii. Cuma baru sempat nak share kat blog tentang trip ke Hawaii ni. Kami pergi bertiga. Saya, hubby dan Orhan yang berusia 1 tahun 1 bulan.

Orhan tak sihat

Perjalanan ke Hawaii tidak mudah bagi kami. Kami bertolak dari rumah jam 6.35 pagi dan tiba di AirBnB di Hawaii 25 jam selepas itu. Dalam flight Kota Bharu ke Kuala Lumpur lagi Orhan dah meronta-ronta dalam flight. Silap saya.. saya tak perasan yang gigi geraham susu dia baru nak keluar.. nampak bengkak gusi dan sedikit bahagian putih pada gusi dalam flight Kuala Lumpur – Osaka. Nak jadi lagi teruk, saya tertinggal pula 1 beg kecil mengandungi ubat-ubatan baby (Orajel, Bepanthen untuk rash cream dia). Dan dalam beg tu juga ada pencuci dan pelembap muka Mary Kay saya. Yang saya punya tu tak apa lah tertinggal pun.. yang baby tu yang azabnya.

Selang 10 minit dia menangis dalam flight. Bila menangis kuat ni, jadi gassy pula. 2 jam sebelum landing pulak, suhu badan dia naik ke 38.7 celcius. Demam tiba-tiba. Dah tu, dia cirit birit pulak 1 jam sebelum landing di Hawaii.

So it was a good combination untuk buat 1 orang budak meragam tahap dewa.

  • Gigi baru tumbuh
  • Nappy rash – tak tau kenapa tiba-tiba kena nappy rash, padahal dia ni tak pernah kena nappy rash sejak dari usia 25 hari.
  • Gas pain >>> tup tup jadi diarrhea
  • Fever

It was a looooong flight, sampaikan kami rasa nak u-turn balik rumah..kalau boleh lah. Tapi mana boleh! Padahal 1 hari sebelum bertolak tu, dia ok-ok je. Siap boleh bergelak ketawa riang gembira dengan Tok Mi dan Tok Abah dia.

Pengajarannya, saya memang kena betul-betul prepare bila travel dengan toddler ni. Jangan ada cuai lagi. Huhu Buruk padahnya.

Elok je sampai Hawaii airport, owner AirBnB kami, En. Sayed (orang Pakistan) datang jemput di airport. Sampai hotel je, saya terus mandikan Orhan dan main-main dalam tub, dia memang suka air..

Entah kenapa, dia cirit birit 10 kali pada hari pertama sampai di Hawaii.

Makan tak nak. Cuma nak menyusu sahaja. Akhirnya, bagi dia yogurt manis dan puree dalam paket yang beli di kedai runcit dekat hotel. Yang tu je dia makan. Yang lain semua tak nak. Lepas makan yogurt tu barulah penghadaman dia okay sikit dan next day pun dah bertambah okay.

AirAsia flights

Btw, kami pergi ke Hawaii ni naik flight AirAsia. Penerbangan Kota Bharu – Kuala Lumpur – Osaka – Honolulu. Beli tiket ni masa AirAsia buat promosi pembukaan laluan. Total amount kami belanja untuk 3 orang ni RM 3000 untuk flight. Termasuk 1 luggage 20kg dan satu kali makan dalam semua penerbangan kecuali Osaka – Honolulu return.

Nasib baik ada route AirAsia ni, kalau tak memang tak sampai lagilah saya ke Hawaii. Husband saya dah pernah tinggal di Hawaii selama 2 tahun masa dia kerja dengan US government dulu, iaitu sekitar 12 tahun lalu. Kata hubby, Hawaii tak banyak berubah jika dibandingkan dengan masa dia duk di sana dulu.

AirBnB di Waikiki

Di Hawaii, kami menginap di AirBnB (hotel apartment) yang diuruskan oleh Sayed dan Fahreen. Lokasi AirBnB ni memang strategik dan best. View dari bilik pun best. Ini gambar pemandangan dari bilik hotel kami menginap. Saya sebut hotel je lah senang sebab AirBnB yang disewa ni sejenis hotel apartment.

Letaknya betul-betul sebelah terusan di Waikiki. Sebelah kanan terusan, sebelah kiri (sekitar 300 meter) ialah pantai. Ya, pantai yang orang-orang putih duk gila-gilakan dan duk berjemur sepanjang pantai tu. Saya boleh bagi markah 100% bab lokasi ni. Harga pun murah iaitu USD 110 per night (sekitar RM 450 per night).

melancong ke hawaii

Ini sangat murah sebab hotel lain di sekitarnya tak semurah ni. Detail pasal penginapan di Hawaii ni akan saya kongsikan dalam post akan datang, insyaAllah. AirBnB dia ni ada dapur dan peti sejuk. Kemudahan memasak cukup lengkap so tak payah bimbang. Kitchen facilities ni penting sebab makanan di Hawaii adalah tersangat mahal.

Jadi, hari pertama kami di Hawaii cuma duduk di hotel dan pergi kedai runcit untuk beli barang je. Barang pulak rasa macam pikir 4,5 kali je sebelum bayar. Yang semua di bawah ni ialah perbelanjaan first trip ke kedai runcit (Food Pantry), berjumlah USD78 (iaitu sekitar RM 420).

melancong ke hawaii

Lepas balik beli barang ni, panaskan Nasi Goreng Kampung Brahim’s yang dibawa dari Malaysia. Masak spagetti 1 mangkuk untuk hubby. Makan-makan dulu.

Kemudian rehatkan badan dan berusaha pulihkan Orhan, pastu tidur sebab langsung tak tidur sepanjang 25 jam perjalanan.

Gitulah cerita hari pertama di Hawaii. Hehehe Nasib baik datang lama jugak, 10 hari. So bolehlah nak rilek-rilek dulu. Kalau datang sekejap, mau sedih jugak kalau hari pertama cenggini.



No comments:

Post a Comment