Monday 19 June 2017

Resipi burger daging

Sejak akhir-akhir puasa ni memang dah tak berapa lalu nak makan nasi bila bersahur. Masa berbuka okay lagi lah, sebab perut dah lapar. Tapi bab sahur tu susah nak kenyang betul-betul. Hihi.

Sekali sekala kena tukar menu, buat kelainan sikit untuk bangkitkan selera. Sepanjang puasa ni, dah 2 kali buat burger daging sendiri di rumah. Cepat, sedap dan boleh buat daging burger tebal-tebal supaya kenyang lebih lama.

Daging tu boleh beli daging kisar di supermarket. Beli yang bagus, berkualiti. Bukan daging kisar yang beku, tapi beli daging yang sudah dikisar. Jika di Kota Bharu ni, AEON ada lah. Di Tesco ada jarang-jarang. Kalau tak ada, beli daging pastu kisar dalam food processor sendiri.

Okay, ini resipi. Walaupun burger saya ni nampak simple tak ada salad dan hiasan yang menarik, tapi rasanya agak sedap. (Btw, sedap bagi saya, mungkin tak sedap bagi anda).

  • 500 gram daging kisar
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 biji telur
  • 1 bawang kuning dipotong dadu kecil-kecil (saiz bawang sederhana)
  • Minyak zaitun 1 sudu kecil untuk goreng daging burger supaya tak melekat di kuali

Gaulkan semua bahan-bahan di atas, kemudian biarkan selama 10 – 15 minit sebelum digoreng atas dapur api sederhana atau kecil.

resipi burger daging

Saya buat daging tebal-tebal, dapat 4 keping daging untuk 500 gram tu. Kalau anda nak banyak keping daging, buat nipis-nipis. Makan dengan kepingan keju dan sedikit sos cili.

Tip untuk tahu daging tu dah masak ialah ia tak berair lagi bila kita cucuk dengan garfu. Untuk cepat masak, tekan-tekan dengan senduk untuk keluarkan air daging semasa goreng.

The post Resipi burger daging appeared first on Travelog.my.



No comments:

Post a Comment