Tuesday 24 January 2017

AirAsia X dapat terbang ke Amerika Syarikat

Berita AirAsia X akan ke Hawaii memang dah lama dah kedengaran, cuma yang terbaru ni untuk terbang ke mana-mana destinasi dalam Amerika Syarikat ialah sesuatu yang baru. Seronok saya dengar berita ni, maklumlah dah kahwin dengan orang sana ni, sekali sekala nak juga husband balik kampung dia.

Jarang sekali dapat tiket murah ke Amerika Syarikat (Orlando khususnya). Tambahan pula bila dah ada baby Orhan ni, jadi kos penerbangan dah tentu bertambah.

Agak-agak bilalah AirAsia X nak mula terbang ke Amerika Syarikat ya? Kalau dapat tahun ni, nak jugak saya merasa jadi penumpang pertama untuk inaugural flight tersebut.

Bagi anda yang belum tahu, ini link berita tersebut (klik).

 

The post AirAsia X dapat terbang ke Amerika Syarikat appeared first on Travelog.my.



No comments:

Post a Comment