Friday 27 January 2017

Indoor taman tema air AEON Mall Kota Bharu

Malam semalam kami ke AEON Mall sebab habibon nak makan Nasi Kari Jepun di Sushi King. Sebelum tu kami ronda-ronda dulu tingkat 1,2, dan 3 barulah masuk Sushi King. 

Kebetulan masa duk ronda tu, nampak sticker bentuk tapak kaki kat lantai tepi butik Adidas. Rupanya ada indoor water theme park baru buka kat mall ni. Kami pun jengah masuk, tapi tutup sebab dah malam dan dorang nak buat kerja-kerja maintenance. 

Saya minta izin untuk masuk tengok. Pekerja dia bagi masuk untuk tinjau. Selain ada kolam besar untuk budak-budak menggelongsor dan buat terjun tiruk, kat sini juga ada studio cinema 4D dan pelbagai game yang menarik.

Water theme park aeon mall kb

Elok sangatlah ni sebab indoor kan. Kalau buat outdoor takut kencing tikus pulak, lagipun panas. 

Theme park aeon mall kota bharu

Walaupun namanya Kids Park, orang dewasa pun boleh je masuk main. 

Nanti Orhan dah besar, bolehlah bawa dia datang main sini dgn daddy dia. Saya boleh shopping hehe #angan2mak2

The post Indoor taman tema air AEON Mall Kota Bharu appeared first on Travelog.my.



No comments:

Post a Comment