Tuesday 24 January 2017

Kabinet dapur dah siap

Lama saya tak update blog sebab tak ada cukup masa untuk blogging. Dulu saya ingat, bila bekerja full time di rumah dan ada baby kecil, tak jadi masalah dengan kerja. Rupanya, tak semudah yang saya jangka. Masa tidur pun belum tentu cukup. Bila baby tidur, saya tidur. Bila baby bangun, layan baby dan sambil balas email, buat sebut harga dan proses order clients, juga memasak dan kemas rumah.

Nasib baiklah hidup sekarang mudah dengan ada banyak mesin-mesin yang memudahkan kerja seperti mesin goreng lauk, mesin basuh baju dan pengering, weekly maid dan hourly maid yang kita boleh minta datang bila-bila masa. Kalau nak harap saya buat semua benda tu, fuuh..memang tak mampu lah.

Full time housewife dan full time working from home – bukan mudah. Jadi, saya korbankan waktu blogging.

Dah lama lah juga saya tak baca blog-blog feveret saya, tak buat blogwalking, tak komen di blog orang lain. Malam ni ada masa sikit, saya luangkan untuk update blog.

Akhir-akhir ni saya tak travel sebab masih dalam proses menjadikan rumah yang baru diduduki ini lebih “hidup”. Kali ni nak cerita pasal kabinet dapur.

Pembuat kabinet dapur di Kelantan ni ada banyak. Mungkin berpuluh-puluh syarikat kot. Dalam banyak-banyak ni, saya cari yang buat kabinet dapur stainless steel. Cuma ada satu je syarikat yang buat, itupun affiliate dengan kilang di Penang. Jadi bukan 100% kelantanese company juga.

Kenapa stainless steel? Sebab saya suka kaunter top stainless steel yang nampak sedikit industrial design. Selain tu, faktor kalis air dan kukuh juga sangat saya titik beratkan terutama sekali di Kelantan yang selalu kena banjir ni. Nak cuci pun senang je.

kitchen kabinet kota bharu

Kabinet dapur stainless steel gred 304, dengan ketebalan menyamai ketebalan kad kredit ni agak kukuh. Boleh berdiri dan melompat-lompat kat atas kaunter top. Pintu kabinet pula dipasang magnet untuk lebih lekapan. InsyaAllah tak boleh masuk lipas.

Lagi satu, kabinet ni pintu acrylic, esok-esok bila dah bosan dengan warna biru ni boleh saya tukar warna lain pula.

Puas hati ke tidak dengan kabinet dapur stainless steel ni? Alhamdulillah, setakat ni puas hati lagi. Nampak gaya belum ada rosak apa-apa walaupun dah guna hampir 5 bulan.

Ini je lah dapur rumah tempat saya berkubang. Hehe Nak hias comel-comel dan lebih kemas, saya tak pandai. Mungkin bila ada bajet lebih sikit, boleh hire interior designer pulak.

The post Kabinet dapur dah siap appeared first on Travelog.my.



No comments:

Post a Comment